Isnin, 28 Februari 2011

Ciri-Ciri Seorang Pendakwah

 surah Ali Imran 3:110 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia”.

Surah Al-Baqarah 2:140 “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan”.

surah Al-Asr 103:1-3 “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”.

Segala puji bagi Allah. Hari ni saya ingin kongsi serba sedikit tentang ciri-ciri yang patut ada pada seorang pendakwah itu.

Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang pendakwah


1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.


2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)


4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

9.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara 

yang aib.


10.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

11. Bersifat wakar dan tenang.

12.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

13. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

14. Bersikap Taqwa dan Amanah.

Selasa, 22 Februari 2011

Jihad menjaga Orang tua




              Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.



"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.


"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat." 
 

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku,rahmatilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka memeliharaku ketika kecil..


Nabi bersabda kepada sahabatnya sebanyak tiga kali:"Mahukah aku memberitahu kalian mengenai dosa besar?Mereka menjawab"Sudah tentu wahai Rasulullah.Nabi menjelaskan:Syirik kepada Allah,derhaka kepada ibubapa(pada masa itu Nabi duduk bersandar lalu menyambung)sumpah yang palsu.'(Riwayat Al Bukhari)

Di sini jelas dosa menderhaka kepada ibubapa di letak dalam kategori dosa mensyirik Allah(dosa terkeji)Dengan ini Islam mengajar manusia agar sentiasa mengembirakan ibubapa lebih-lebih lagi ibubapa dalam usia lanjut selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak dan anak tidak bersikap kasar pada ibubapa.


Tanggungjawab anak kepada ibu bapa..


Mendoakan kesejahteraan  ibu bapa



1.Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir 
kepadanya. 
2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama. 
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia. 
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali 
mengkasarinya atau berlaku biadap. 
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya. 
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus 
melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika 
suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan 
meminta maaf. 
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya. 
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh 
rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya. 
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk 
menggembirakan hati mereka. 10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya 
dan mintalah izin. 
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih 
dahulu. 
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah  ini sebagai satu 
hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya. 
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan 
sekadar kemampuan. 
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar 
kemampuan. 
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah 
menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan. 
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari 
solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting. 
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap 
dirinya sendiri. 
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua. 
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap 
kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan 
sendiri. 20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan 
kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta 
hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya. 
21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut 
kemampuan anda.


Berbaktilah kepada ibu bapa selagi mana mereka masih hidup.