Seseorang pernah bermimpi melihat
Bisyr al-Hafi dan al-Imam Ahmad bin Hanbal.
Ketika melihat Bisyr al-hafi,
dikatakan padanya “Bagaimanakah keadaanmu?”
Bisyr al-hafi menjawab “Allah
meletakkanku dikalangan orang yang tinggi martabatnya. Allah memberikan syurga
untukku.”
Beliau ditanya lagi: “dimanakah
al-Imam Ahmad?”
Beliau mengangkat kepalanya,
mengangkatnya lagi dan seterusnya sehinggalah serbannya terjatuh dari
belakangnya. Beliau menunjuk ke atas.
Beliau ditanya “kenapakah al-Imam
Ahmad mengatasimu?”
Beliau menjawab: “al-Imam Ahmad
berkahwin dan melakukan sunnah rasulullah sedangkan aku tidak berkahwin. Beliau
dikurniakn anak, lalu mendidik mereka dengan ilmu dan zikrullah serta mereka
mendapat kebaikan. Maka beliaupun mendapatkan kebaikan mereka didalam ilmu
serta zikrullah sedangkan aku tidak melakukannya. Dia telah diuji pada jalan
Allah lalu dia bersabar sedangkan aku tidak lakukakannya. Beliau melebihiku
pada 3 perkara ini.”
Adakah kita perlu berkahwin?
Pada asasnya adalah perlu selagi
mana kita memerlukannya,
Dengan siapa kita berkahwin?
Telah disebut: “Pilihlah pada
agamanya. Beruntunglah kamu."
Kita berhak memilih seseorang yang
layak dengan kita pada rupanya serta kedudukannya. Akan tetapi , asalnya adalah
“Pilihlah pada agamanya. Beruntunglah kamu.”
Bagaimanakah kamu berkahwin?
Selepas diadakan pemilihan mencari
pasangan yang sesuai.Setelah kamu melihatnya dan sebaliknya tanpa
berduaan. Begitu juga persetujuannya.
Maka disunatkan bertunang.
Iaitu orang yang hendak berkahwin atau wakilnya pergi ke rumah wali perempuan
tersebut. Mereka mengadakan majlis yang dihadiri oleh sesiapa sahaja
dikehendaki dari orang-orang Islam.
Antara adab-adab yang dilupai.
- Disunatkan
supaya memuji-muji Allah ketika majlis pertunangan.
- Berselawat ke
atas Nabi s.a.w.
- Berpesan
kepada hadirin untuk bertakwa kepada Allah.
- Seterusnya
meminta dari bapanya atau walinya untuk bertunang.
- Disunatkan juga
kepada walinya untuk memuji Allah Taala serta berselawat ke atas nabi
Muhammad.
- Menerima
lamaran mereka jika dia mendapati pada pelamar itu sifat yang diredhai
oleh Allah Taala.
- Jika dia anak
dara maka perlulah kita mendapat izinnya.
- Menutup majlis
pertunangan dengan bacaan Al-fatihah.
Kemudiannya, kedua-dua yang
bertunang itu harus memahami bahasanya masa pertunangan itu tidak
menghalalkan apa-apa perhubungan seperti keluar bersama(dating) begitu juga
berdua-duaan.
Pertunangan itu tidak menghalalkan
apa-apa perhubungan. Tidak membenarkan mereka berdua saling bersama.
Jadi, mereka berdua tidak boleh berdua-duaan melainkan selepas di akad nikah.
Kemudiannya, apabila ditetapkan
tarikh perkahwinan dan diakad nikah. Perlulah majlis akad nikah itu dihiasi
dengan suasana yang membawa keberkatan pada perkahwinan itu.
Oleh
itu, pada hadirin mestilah daripada orang-orang baik serta soleh. Kebanyakan
manusia lebih mementingkan mereka yang hadir adalah individu tertentu
daripada mereka yang terkenal dan diagung-agungkan. Objektif perkahwinan
bukanlah untuk bermegah-megah.
Terdapat
perbezaan yang nyata diantara mereka yang berbangga-bangga dalam perkahwinannya
dengan mereka yang hendakkan supaya Nabi berbangga dengan perkahwinannya pada
hari kiamat kelak.
Kita perlu
mencari seseorang yang soleh untuk mendoakan perkahwinan mereka. Dia tidak
menjadikan perkahwinannya sebagai permulaan bagi terputusnya hubungan
silaturrahim. Sifat memutuskan hubungan silaturrahim adalah satu punca
kemurkaan Allah Taala.
Maknanya,
dia menjemput sanak saudara serta jiran-jirannya dengan tidak memandang dari
aspek kedudukan duniawi yang akan binasa.
Perkara-perkara
yang perlu dielakkan semasa perkahwinan.
- Percampuran
antara lelaki dan perempuan.
-
Berhias-hias dengan perkara yang tidak diredhai Allah.
- Pembaziran.
Kebanyakan manusia, apabila disebutkan padanya perkara ini dia
akan berkata: “Biarkanlah mereka berseronok. Ini sekali sahaja dalam seumur
hidup”.
Siapakah yang berkata padamu, bahawasanya hubunganmu dengan
Tuhanmu tidak terjejas dengan kegembiraan sebegini ?
Akan tetapi wahai saudara saudariku, kami mendoakan untukmu
supaya mendapat kegembiraan yang tidak berakhir sekadar satu malam atau sebulan
atau setahun sahaja.
Kami berdoa untuk kamu berdua kegembiraan yang berkekalan
bersamamu. Kekal bersama selepas kamu beralih ke dunia akhirat.
Kedatangan agama ini bukanlah untuk mengingkari atau
menghalang kita dari bergembira.
Sabda Nabi s.a.w:
“sebarkan berita pernikahan,
langsungkannya di masjid-masjid serta mainkanlah kompang padanya.”
Para wanita juga diharuskan untuk menari sesama mereka
tarian yang tidak menghilangkan adab-adab mereka.
Begitu juga para lelaki dibolehkan untuk menarikan tarian
yang sesuai dengan kelakian mereka sepertimana Rasulullah mengizinkan
orang-orang habsyah untuk menari sempena hari raya di masjid Nabawi.
Kita tidak pernah mendengar mana-mana agama yang meraikan
fitrah manusia sebegini rupa. Apabila adanya persempenaan untuk bergembira,
Rasulullah mengizinkan orang-orang Habsyah untuk menari. Bukannya didewan, atau
di hotel ataupun mana-mana tempat bergembira akan tetapi ianya dimasjid Baginda
s.a.w.
Ketika itu saidatina Aisyah ingin untuk melihat tarian
orang Habsyah itu. Nabi bertanya: “adakah kamu ingin untuk melihat mereka..?”
Saidatina Aisyah menjawab: “..benar..”
Maka Nabi s.a.w pun berdiri dihadapan pintu biliknya
untuk melindungi saidatina Aisyah dari pandangan orang-orang lelaki. Baginda
membenarkannya melihat tarian orang-orang Habsyah tersebut.
Saidatina Aisyah berkata: “setelah aku berasa jemu,
aku meletakkan kepalaku di atas bahu Rasulullah.”
Beliau berkata: “ketika aku meletakkan kepalaku di
atas bahunya, Baginda mengembalikanku ke dalam bilik.”
Mereka pun meneruskan sambil memuji Rasulullah di
dalam bahasa Habsyah.
Mereka menyebut kata-kata yang bermaksud: “Muhammad
adalah lelaki yang soleh. Muhammad adalah lelaki yang soleh.”
Maka disunatkan kepada kita didalam keraian seperti perayaan
dan selainnya untuk memuji-muji Rasulullah s.a.w. dengan mana-mana rentak
menarik yang boleh menghibur hati. Ini semua adalah sebahagian dari hiburan
yang diharuskan.
Selain itu adalah keharmonian dan keberkatan yang
terhasil pada perkahwinan tersebut.
Adakah kita sanggup memulakan rumahtangga kita dengan
menyalahi syariat Allah swt?
Adakah layak bagi perempuan muslimah lagi mukminah yang
menutupi auratnya sejak kecil lagi untuk menanggalkan hijabnya sempena
perkahwinan?
Adakah layak bagi seseorang lelaki dengan meredhai dirinya
untuk mempamerkan isterinya dihadapan kaum lelaki yang melihat kecantikannya?
Kita membiasakan untuk mengangkat diri kita kerana
berbangga-bangga dengannya.
Seseorang yang membeli kereta baru sukakan untuk
menunjuk-nunjuk dihadapan orang lain supaya mereka melihatnya. Seolah-olah dia
membelinya bukan kerana keperluannya.
Kalau dia membeli pakaian baru, dia inginkan supaya orang
lain melihat pakaiannya. Kalau dia membeli barang emas baru, dia inginkan
supaya orang lain melihatnya. Sifat menunjuk-nunjuk ini adalah salah satu
penyakit manusia yang tidak boleh meningkatkan dirinya.
Akan tetapi, pada zaman ini, perkara ini melampaui had
kemanusiaannya. Manusia inginkan untuk menunjuk-nunjuk pada semua perkara sehinggakan ibadatnya kepada Allah.
“ketika aku pergi umrah pada tahun lepas, yang sebelumnya
dan yang sebelumnya. Begitu juga umrah 10 tahun yang lalu, Alhamdulillah, saya
kerjakan umrah pada setiap tahun.”
Kamu telah lenyapkan sebegini pahala untuk 10 tahun.
Wallahu a’alam…