Ahad, 15 Julai 2012

Tak nak balik malaysia ke?


Kali pertama dapat bergambar 1 'family'

Saya berharap supaya pada tahun ini saya dapat merasa ramadhan & syawal buat kali terakhir sebelum 'graduate' dari universiti Mu'tah pada tahun 2013 depan.

Pada petang semalam saya menelefon bonda hanya sekadar bertanya khabar. Kebiasaannya saya mengambil peluang untuk telefon ummi pada setiap hujung minggu. Sebelum ini saya telefon sebulan sekali. Tapi selepas itu saya telefon seminggu sekali  supaya  dapat mengurangkan  rindu ummi pada saya dan begitu juga sebaliknya.

Kebarangkalian orang mungkin mengatakan saya membazir duit & kredit, tapi bagi saya biar habis duit yang penting dapat pahala menyejukkan hati bonda. Kadang-kadang bukan benda penting untuk dibualkan tapi hanya semata-mata "apa khabar? dah makan ke? tadi makan lauk apa? siapa yang masak?" itu sahaja. 'So sweet'.

Cuma kali ni agak berbeza sedikit perbualannya. Begini sebahagian perbualan saya dengan ummi:

Ummi: "tak nak balik malaysia ke tahun ni?"


Saya: "Awal tahun hari tu kan dah balik.(pelik)"

Ummi: "Bukan apa. Dah 2 tahun tak berpuasa &  beraya bersama." (nada mengharap supaya balik)

Saya: (sambil memikir jawapan yang bernas) Tak mengapalah, tahun ni kan dah tahun akhir
ramadhan kt jordan. lepas ni dah tak dapat lagi dah..:D

Ummi: erm, nanti ummi cuba tengok duit dalam akaun tabung haji mahadi ye.

(Setiap anak-anak ummi memang ada akaun tabung haji sejak kecil lagi. Fungsinya untuk kegunaan akan datang.)

Saya: (makin ligat memikir) hari tu kawan-kawan mahadi cakap harga tiket makin melambung. paling murah dalam JD400(RM1800) untuk 'one way' je. kalau return mesti atas dari rm3000. (cuba bagi alasan) 


Ummi: "erm, betul juga tu. Yuran untuk sem depan belum kira lagi ya tak."


Saya: (berbelah bahagi samaada mahu pulang ke malaysia atau tidak)


Ummi: "Tak mengapa lah, nak buat macam mana kalau ada rezeki nanti ada lah. Sebab sebenarnya ummi ada tunggakan gaji dll....."

Saya: (Kehabisan modal untuk menjawab) "insyaallah nanti mahadi istikharah  sama ada nak balik atau tidak."


Bukan saya tidak mahu pulang ke malaysia, tapi saya rasa duit tu lebih baik digunakan untuk perbelanjaan adik-beradik yang lain. Lebih-lebih pula harga tiket kapal terbang makin melambung.

 Ya, setiap orang dikurniakan perasaan rindu. Bohonglah jika saya katakan yang saya tidak rindu pada ummi & abah serta adik-beradik. Bezanya, sejauh mana kita dapat mengawal perasaan rindu.


Tanggungjawab seorang anak &  penuntut ilmu. Jika ditaqdirkan saya berumahtangga pada tahun hadapan, maka bertambah lagi tanggungjawab saya.



Ulangtahun perkahwinan yang ke-24 pada tahun 2011



Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapa ku. Kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihani diriku Ya Allah. Jauhkan mereka daripada azab kubur & api nerakaMU ya Allah. Tempatkanlah mereka dalam kalangan salafussoleh Ya Allah.  Amin Ya Rabb.


Senyum.

Nur Mahadi Bin Baharum,
Universiti Mu'tah,
Isnin, 26 Sha'ban 1433H / 16 Julai 2012M
2.37 a.m


Sabtu, 14 Julai 2012

Antara ayat paling berat dalam al-Quran

Ayat ini adalah antara ayat paling berat dalam al-Quran:

Surah al-Baqarah, ayat 284:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dalam ayat ini, Allah memberitahu bahawa tiada yang tersembunyi daripadaNya:

Baik yang nampak,
yang rahsia,
yang terselindung,
yang amat kecil dan tersembunyi.

Allah juga menyatakan dengan terang bahawa setiap hambaNya akan dihisab atas segala perbuatan mereka, dan juga apa yang disembunyikan dalam hati.

Bagi orang yang beriman, ayat ini terasa berat, dan menimbulkan rasa takut akan perhitungan Allah terhadap semua perbuatan, baik yang besar mahupun yang kecil.

Kita boleh bersembunyi daripada pengetahuan manusia, tapi Allah akan mengetahui segalanya, dan segalanya itu akan dihisab di akhirat nanti.

Jauhi kemungkaran, jangan ingat Allah tak tahu.

Sekadar peringatan untuk semua. Senyum.

Jumaat, 13 Julai 2012

Hikmahnya di sebalik sakit kaki

Bila kita mengalami sakit kaki  sudah tentu kita terasa susah, sedih, merungut dan juga merintih  dan cuba berusaha mengubati sakit tersebut.

Tapi pada masa yang sama, kita juga tidak sedar bahawa otak kita kurang melayang pada waktu ketika kita sakit kaki.

Minda kita tertumpu pada kaki, dan bagaimana untuk mengurangkan sakit dan ketidak-selesaan tersebut.

Minda kita tidak melayang memikirkan siapa buat baik pada kita, siapa yang bercakap buruk pada kita, besok hujan ke tak, minggu depan apa yang berlaku - tetiba kita hidup dalam hari ini, cuma menyelesaikan apa yang ada di depan iaitu ketidakselesaan di kaki.

Itulah hikmahnya di sebalik sakit kaki - dan perkara tersebut boleh diaplikasikan dalam hidup seharian.

Semua peristiwa, sebenarnya banyak benda yang boleh dipelajari ketika itu sekiranya kita membuka hati dan minda kita untuk melihat dan selalu bersangka baik pada Allah.

Allah menguji, dan pada masa yang sama itu juga Allah mendidik kita.

Tapi berapakah antara kita yang sanggup belajar dan membuka hati untuk belajar?

Senyum.



-Tuan Ibrahim Tuan Man-