Wahai anakku
Janganlah engkau rasa selesa bila melakukan maksiat, kerana ia mengikis imanmu sedikit demi sedikit sehingga kamu tidak lagi rasa bersalah dan berdosa.
Wahai anakku
Terkadang Allah menyembunyikan maksiatmu dari pengetahuan manusia,agar kamu kembali dan bertaubat kepada Tuhanmu. Janganlah kamu merasa aman bila manusia tidak mengetahuinya lalu kamu berterusan mendurhakai Tuhanmu.
Wahai anakku.
Rasailah kasih sayang Tuhanmu itu dengan sentiasa membersih dirimu dan mendekatinya. Aku bimbang jauhnya kamu dari perhatian Tuhanmu membawa kemurkaanNya terhadapmu.
Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami. Himpunkanlah kami dalam keredhaanMu.
-Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Jumaat, 15 Mac 2013
Rabu, 13 Mac 2013
Mother's Love ♥
Indahnya seorang wanita..Thought this was lovely :)
-----------
Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.
Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.
Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.
IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.
Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai!
Mother's Love ♥
Selasa, 12 Mac 2013
Untuk Mummies yang sedang berpantang dan yg akan berpantang
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
==========================
Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang:
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.
Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.
Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
==========================
Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.
==========================
Cara Mandi
Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
Sabtu, 8 Disember 2012
[Memoir bersama Prof. Dr. Syuesh Mahamid]
Doktor Syuesh yang memakai jubah coklat.
Wahai anak-anakku dari Malaysia yang sangat aku cintai.
Aku telah membaca kitab Mustafa Al-Zarqa', Al-Qaradhawi, Al-Durayni, Abu Zahrah. Aku menulis puluhan bahas dan kajian akademik, tapi aku masih belum mencapai tahap ilmu seperti mereka.
Kamu ingin menjadi seperti Al-Qaradhawi, Al-Durayni, Al-Zarqa'. Aku kagum. Tapi, buku kecil yang aku karang tidak mampu kau khatamkan. Bahkan ilmu kamu hanya sekadar bergantung kepada nota-nota di Maktabah Zikra dan Maktabah Tamayyuz. Kajian dan bahas kecil yang aku minta, kamu salin dan tampal dari internet sahaja.
Anakku, aku tidak redha, kamu datang dari jauh lalu pulang seperti sediakala tanpa ada sebarang pertambahan kebaikan dan ilmu pengetahuan.
Wahai anak-anakku, aku inginkan kalian seperti al-Qaradhawi, Al-Durayni, Al-Zarqa'. Berusahalah. Aku sentiasa mendoakan kalian.
-Dr. Syuesh Mahamid
Isnin, 6 Ogos 2012
Nuzul Al-Quran
Sejarah Ringkas
·
Nuzul Al-Quran merupakan
peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama
kepada Nabi Muhammad
s.a.w.
·
Berlaku pada malam 17 Ramadan, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M ketika
Nabi Muhammad s.a.w berusia 41 tahun ketika baginda sedang ber’uzlah(memencilkan
diri) di Gua Hira’.
·
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat
Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq (اقرأ)
·
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari
atas ke bawah.
·
Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur.
Peristiwa yang
berlaku.
·
Nabi Muhammad s.a.w
didatangi oleh ketua para malaikat iaitu Jibrail Alaihissalam.
·
Jibrail a.s menyuruh
nabi Muhammad s.a.w membaca اقرأ .
·
Nabi tidak tahu
membaca. مَا اَنَا بِقَارِئ. Aku tidak dapat/tahu
membaca.
·
Kemudian Jibrail
memeluk Nabi s.a.w dengan pelukan yang sangat erat.
·
Sebanyak 3 kali
Jibrail menyuruh Nabi s.a.w membaca tetapi jawapan tetap sama.
·
Kemudian Jibrail
membacakan surah Al-‘Alaq( اقرأ) dan diikuti Nabi
s.a.w membacanya.
·
Selepas itu Nabi
s.a.w pulang ke rumah dengan tergesa-gesa kerana ketakutan yang amat sangat.
Tentang Al-Quran
·
Al-Quran juga
dinamakan sebagai Al-Kitab (Kitab), al-Furqan (Bukti), al-Huda(Petunjuk),
Asy-Syifa’(Penyembuh), Al-Zikr(Peringatan), An-Nur(Cahaya).
·
Ayat pertama yang
diturunkan adalah اقرأ iaitu ‘bacalah’.
·
Ayat terakhir yang
diturunkan ialah dari surah Al-Baqarah ayat 278-281. Iaitu ayat tentang riba’.
·
Terdapat 114 surah.6236
ayat dalam Al-Quran. http://www.e-bacaan.com/artikel_6666.htm
·
Al-Quran diturunkan
secara beransur-ansur melalui perantaran Jibrail a.s.
·
Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan
ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41
kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah.
·
Ada dalam kalangan
sahabat yang mencatat apa yang Nabi s.a.w sampaikan cuma tiada pembukuan
Al-Quran 30 Juzu’.
·
Pembukuan 30 juzu’
Al-Quran berlaku pada zaman saidina Abu Bakar r.a.
·
Ketika itu berlakunya
peperangan untuk memerangi orang murtad.
·
Ramai para Huffaz
ramai yang syahid ketika peperangan itu.
·
Saidina Umar r.a yang
mencadangkan kepada Abu Bakar supaya Al-Quran dibukukan.
·
Pada permulaannya Abu
Bakar agak keberatan untuk melakukan nya kerana Nabi s.a.w tidak pernah
melakukannya.
·
Selepas itu Umar
memberikan hujjah bahawa ramainya nya huffaz yang syahid akan menyebabkan
Al-Quran tidak akan dapat disampaikan kepada umat Islam akan datang.
·
Tulisan Al-Quran pada
zaman Nabi s.a.w tiada baris dan tiada
titik.
·
Baris dan titik dalam
Al-Quran ada pada zaman pemerintahan saidina Uthman R.A.
·
Sebab itu dinamakan
rasm uthmani bermaksud penulisan Uthmani.
Hikmah Al-Quran diturunkan
secara beransur
·
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah
dihafal, difahami dan dilaksanakan.
·
Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan
hatinya.
·
Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara
beransur-ansur.
·
Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu
apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan
hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.
·
Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT
semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.
Sedikit Tambahan.
·
Al-Quran menjadi
panduan/petunjuk bukan untuk menghafal
semata-mata.
·
Al-Quran adalah untuk
diamalkan dan disampaikan. Bukan hanya untuk selamat seorang diri sahaja.
·
Bentuk penyampaian
dalam Al-Quran ada kalanya dalam bentuk memuji,mengkeji dan sebagainya.
·
Pelbagaikan bentuk
penyampaian dakwah supaya orang tidak jemu.
·
Dalam al-Quran juga
ada ilmu tentang sains,sejarah orang-orang terdahulu, hukum-hakam pensyariatan dan
sebagainya.
·
Al-quran diturunkan
secara beransur begitu juga dakwah mesti secara beransur dan bersabar bukan
secara tergesa-gesa.
·
Orang akan lebih
memandang kepada perbuatan kita bukan kepada percakapan kita.:
o Buktinya
Nabi s.a.w berdakwah dengan memberi makan kepada seorang perempuan tua yang
buta. http://ipulstory.blogspot.com/2012/04/akhlak-rasul-kisah-perempuan-yahudi.html
Rujukan:
·
Kitab ulum Al-quran
oleh Al-Fadhil Ad-Duktur Fadhli Hasan ‘Abbas.
Wallahu A’alam.
Nur Mahadi Bin Baharum
Bayt Bujang Belum Terlajak.
Ahad, 15 Julai 2012
Tak nak balik malaysia ke?
Kali pertama dapat bergambar 1 'family'
Saya berharap supaya pada tahun ini saya dapat merasa ramadhan & syawal buat kali terakhir sebelum 'graduate' dari universiti Mu'tah pada tahun 2013 depan.
Pada petang semalam saya menelefon bonda hanya sekadar bertanya khabar. Kebiasaannya saya mengambil peluang untuk telefon ummi pada setiap hujung minggu. Sebelum ini saya telefon sebulan sekali. Tapi selepas itu saya telefon seminggu sekali supaya dapat mengurangkan rindu ummi pada saya dan begitu juga sebaliknya.
Kebarangkalian orang mungkin mengatakan saya membazir duit & kredit, tapi bagi saya biar habis duit yang penting dapat pahala menyejukkan hati bonda. Kadang-kadang bukan benda penting untuk dibualkan tapi hanya semata-mata "apa khabar? dah makan ke? tadi makan lauk apa? siapa yang masak?" itu sahaja. 'So sweet'.
Cuma kali ni agak berbeza sedikit perbualannya. Begini sebahagian perbualan saya dengan ummi:
Ummi: "tak nak balik malaysia ke tahun ni?"
Saya: "Awal tahun hari tu kan dah balik.(pelik)"
Ummi: "Bukan apa. Dah 2 tahun tak berpuasa & beraya bersama." (nada mengharap supaya balik)
Saya: (sambil memikir jawapan yang bernas) Tak mengapalah, tahun ni kan dah tahun akhir
ramadhan kt jordan. lepas ni dah tak dapat lagi dah..:D
Ummi: erm, nanti ummi cuba tengok duit dalam akaun tabung haji mahadi ye.
(Setiap anak-anak ummi memang ada akaun tabung haji sejak kecil lagi. Fungsinya untuk kegunaan akan datang.)
Saya: (makin ligat memikir) hari tu kawan-kawan mahadi cakap harga tiket makin melambung. paling murah dalam JD400(RM1800) untuk 'one way' je. kalau return mesti atas dari rm3000. (cuba bagi alasan)
Ummi: "erm, betul juga tu. Yuran untuk sem depan belum kira lagi ya tak."
Saya: (berbelah bahagi samaada mahu pulang ke malaysia atau tidak)
Ummi: "Tak mengapa lah, nak buat macam mana kalau ada rezeki nanti ada lah. Sebab sebenarnya ummi ada tunggakan gaji dll....."
Saya: (Kehabisan modal untuk menjawab) "insyaallah nanti mahadi istikharah sama ada nak balik atau tidak."
Bukan saya tidak mahu pulang ke malaysia, tapi saya rasa duit tu lebih baik digunakan untuk perbelanjaan adik-beradik yang lain. Lebih-lebih pula harga tiket kapal terbang makin melambung.
Ya, setiap orang dikurniakan perasaan rindu. Bohonglah jika saya katakan yang saya tidak rindu pada ummi & abah serta adik-beradik. Bezanya, sejauh mana kita dapat mengawal perasaan rindu.
Tanggungjawab seorang anak & penuntut ilmu. Jika ditaqdirkan saya berumahtangga pada tahun hadapan, maka bertambah lagi tanggungjawab saya.
Ulangtahun perkahwinan yang ke-24 pada tahun 2011
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapa ku. Kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihani diriku Ya Allah. Jauhkan mereka daripada azab kubur & api nerakaMU ya Allah. Tempatkanlah mereka dalam kalangan salafussoleh Ya Allah. Amin Ya Rabb.
Senyum.
Nur Mahadi Bin Baharum,
Universiti Mu'tah,
Isnin, 26 Sha'ban 1433H / 16 Julai 2012M
2.37 a.m
Sabtu, 14 Julai 2012
Antara ayat paling berat dalam al-Quran
Ayat ini adalah antara ayat paling berat dalam al-Quran:
Surah al-Baqarah, ayat 284:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dalam ayat ini, Allah memberitahu bahawa tiada yang tersembunyi daripadaNya:
Baik yang nampak,
yang rahsia,
yang terselindung,
yang amat kecil dan tersembunyi.
Allah juga menyatakan dengan terang bahawa setiap hambaNya akan dihisab atas segala perbuatan mereka, dan juga apa yang disembunyikan dalam hati.
Bagi orang yang beriman, ayat ini terasa berat, dan menimbulkan rasa takut akan perhitungan Allah terhadap semua perbuatan, baik yang besar mahupun yang kecil.
Kita boleh bersembunyi daripada pengetahuan manusia, tapi Allah akan mengetahui segalanya, dan segalanya itu akan dihisab di akhirat nanti.
Jauhi kemungkaran, jangan ingat Allah tak tahu.
Sekadar peringatan untuk semua. Senyum.
Surah al-Baqarah, ayat 284:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dalam ayat ini, Allah memberitahu bahawa tiada yang tersembunyi daripadaNya:
Baik yang nampak,
yang rahsia,
yang terselindung,
yang amat kecil dan tersembunyi.
Allah juga menyatakan dengan terang bahawa setiap hambaNya akan dihisab atas segala perbuatan mereka, dan juga apa yang disembunyikan dalam hati.
Bagi orang yang beriman, ayat ini terasa berat, dan menimbulkan rasa takut akan perhitungan Allah terhadap semua perbuatan, baik yang besar mahupun yang kecil.
Kita boleh bersembunyi daripada pengetahuan manusia, tapi Allah akan mengetahui segalanya, dan segalanya itu akan dihisab di akhirat nanti.
Jauhi kemungkaran, jangan ingat Allah tak tahu.
Sekadar peringatan untuk semua. Senyum.
Jumaat, 13 Julai 2012
Hikmahnya di sebalik sakit kaki
Tapi pada masa yang sama, kita juga tidak sedar bahawa otak kita kurang melayang pada waktu ketika kita sakit kaki.
Minda kita tertumpu pada kaki, dan bagaimana untuk mengurangkan sakit dan ketidak-selesaan tersebut.
Minda kita tidak melayang memikirkan siapa buat baik pada kita, siapa yang bercakap buruk pada kita, besok hujan ke tak, minggu depan apa yang berlaku - tetiba kita hidup dalam hari ini, cuma menyelesaikan apa yang ada di depan iaitu ketidakselesaan di kaki.
Itulah hikmahnya di sebalik sakit kaki - dan perkara tersebut boleh diaplikasikan dalam hidup seharian.
Semua peristiwa, sebenarnya banyak benda yang boleh dipelajari ketika itu sekiranya kita membuka hati dan minda kita untuk melihat dan selalu bersangka baik pada Allah.
Allah menguji, dan pada masa yang sama itu juga Allah mendidik kita.
Tapi berapakah antara kita yang sanggup belajar dan membuka hati untuk belajar?
Senyum.
-Tuan Ibrahim Tuan Man-
Isnin, 25 Jun 2012
Tips Kecerdasan Minda, Menghindar Penyakit Lali
Artikel ini wajar disebar kerana terbukti berguna membantu pembacanya sentiasa cerdas dan terhindar dari penyakit lali sebelum waktunya. Langkah- langkah ini juga bagus dilakukan untuk mengatasi masalah susah tidur atau insomnia sekaligus menjadi ruang muhasabah diri.
Sudah banyak yang membuktikan cara ini dan ternyata berhasil dalam membantu kehidupan mereka, baik pelajar, mahasiswa atau siapa pun.
- Sebelum tidur (hilang kesedaran) posisikan badan telentang dan mata terpejam.
- Ingat setiap detail hal yang kita lakukan mulai bangun tidur sampai sebelum tidur lagi.
- Jangan lakukan lompatan ingatan. Contoh : bangun tidur, lalu mandi, makan, sekolah, belajar, pulang, terus tidur lagi. Tapi benar-benar mengikut urutan secara detail, bangun tidur bagaimana posisinya, bagaimana bergerak dari
tempat tidur, bagaimana suasana kamar, apa yang digunakan, bagaimana anda mandi, gerakannya, dan seterusnya secara berurutan. “Ingat ! ikuti setiap urutannya, jangan melompat !”. - Usahakan otak kita terus mengingat urutan kegiatan yang kita lakukan dan lawan rasa mengantuknya.
- Pada awalnya baru mengingat bangun tidur sampai mandi saja rasanya susah sekali. Tahu-tahu anda sudah tertidur dan bangun. Namun lama-kelamaan otak kita akan membuat pola dan mengembangkan kemampuannya untuk mengingat.
- Lakukan setiap malam sebelum tidur dan anda akan mendapatkan otak yang ligat, dan ingatan yang kuat.
- Kegunaan yang lain adalah semasa mengingat urutan kegiatan tersebut, kita akan tahu mana yang salah dan mana yang benar dari hal yang kita lakukan dan katakan. Jadi dapat bermuhasabah diri juga.
- Ingat ! sepanjang melakukan kegiatan ini, mata harus terpejam. nanti pada saat anda mencuba mengingat dan mengurutkan kegiatan, akan ada bayangan-bayangan / memori yang mengganggu kegiatan tersebut. Selagi mungkin, abaikan itu dan berusaha kembali ke kegiatan terakhir yang diingat oleh otak kita.
Ya, hanya 8 langkah itu saja dan silakan lakukan setiap hari dan lihat bagaimana perubahannya. Semoga bermanfaat.
Sumbernya: Buletin Millatfacebook
Jumaat, 8 Jun 2012
Nikah
Seseorang pernah bermimpi melihat
Bisyr al-Hafi dan al-Imam Ahmad bin Hanbal.
Ketika melihat Bisyr al-hafi,
dikatakan padanya “Bagaimanakah keadaanmu?”
Bisyr al-hafi menjawab “Allah
meletakkanku dikalangan orang yang tinggi martabatnya. Allah memberikan syurga
untukku.”
Beliau ditanya lagi: “dimanakah
al-Imam Ahmad?”
Beliau mengangkat kepalanya,
mengangkatnya lagi dan seterusnya sehinggalah serbannya terjatuh dari
belakangnya. Beliau menunjuk ke atas.
Beliau ditanya “kenapakah al-Imam
Ahmad mengatasimu?”
Beliau menjawab: “al-Imam Ahmad
berkahwin dan melakukan sunnah rasulullah sedangkan aku tidak berkahwin. Beliau
dikurniakn anak, lalu mendidik mereka dengan ilmu dan zikrullah serta mereka
mendapat kebaikan. Maka beliaupun mendapatkan kebaikan mereka didalam ilmu
serta zikrullah sedangkan aku tidak melakukannya. Dia telah diuji pada jalan
Allah lalu dia bersabar sedangkan aku tidak lakukakannya. Beliau melebihiku
pada 3 perkara ini.”
Adakah kita perlu berkahwin?
Pada asasnya adalah perlu selagi
mana kita memerlukannya,
Dengan siapa kita berkahwin?
Telah disebut: “Pilihlah pada
agamanya. Beruntunglah kamu."
Kita berhak memilih seseorang yang
layak dengan kita pada rupanya serta kedudukannya. Akan tetapi , asalnya adalah
“Pilihlah pada agamanya. Beruntunglah kamu.”
Bagaimanakah kamu berkahwin?
Selepas diadakan pemilihan mencari
pasangan yang sesuai.Setelah kamu melihatnya dan sebaliknya tanpa
berduaan. Begitu juga persetujuannya.
Maka disunatkan bertunang.
Iaitu orang yang hendak berkahwin atau wakilnya pergi ke rumah wali perempuan
tersebut. Mereka mengadakan majlis yang dihadiri oleh sesiapa sahaja
dikehendaki dari orang-orang Islam.
Antara adab-adab yang dilupai.
- Disunatkan
supaya memuji-muji Allah ketika majlis pertunangan.
- Berselawat ke
atas Nabi s.a.w.
- Berpesan
kepada hadirin untuk bertakwa kepada Allah.
- Seterusnya
meminta dari bapanya atau walinya untuk bertunang.
- Disunatkan juga
kepada walinya untuk memuji Allah Taala serta berselawat ke atas nabi
Muhammad.
- Menerima
lamaran mereka jika dia mendapati pada pelamar itu sifat yang diredhai
oleh Allah Taala.
- Jika dia anak
dara maka perlulah kita mendapat izinnya.
- Menutup majlis
pertunangan dengan bacaan Al-fatihah.
Kemudiannya, kedua-dua yang
bertunang itu harus memahami bahasanya masa pertunangan itu tidak
menghalalkan apa-apa perhubungan seperti keluar bersama(dating) begitu juga
berdua-duaan.
Pertunangan itu tidak menghalalkan
apa-apa perhubungan. Tidak membenarkan mereka berdua saling bersama.
Jadi, mereka berdua tidak boleh berdua-duaan melainkan selepas di akad nikah.
Kemudiannya, apabila ditetapkan
tarikh perkahwinan dan diakad nikah. Perlulah majlis akad nikah itu dihiasi
dengan suasana yang membawa keberkatan pada perkahwinan itu.
Oleh
itu, pada hadirin mestilah daripada orang-orang baik serta soleh. Kebanyakan
manusia lebih mementingkan mereka yang hadir adalah individu tertentu
daripada mereka yang terkenal dan diagung-agungkan. Objektif perkahwinan
bukanlah untuk bermegah-megah.
Terdapat
perbezaan yang nyata diantara mereka yang berbangga-bangga dalam perkahwinannya
dengan mereka yang hendakkan supaya Nabi berbangga dengan perkahwinannya pada
hari kiamat kelak.
Kita perlu
mencari seseorang yang soleh untuk mendoakan perkahwinan mereka. Dia tidak
menjadikan perkahwinannya sebagai permulaan bagi terputusnya hubungan
silaturrahim. Sifat memutuskan hubungan silaturrahim adalah satu punca
kemurkaan Allah Taala.
Maknanya,
dia menjemput sanak saudara serta jiran-jirannya dengan tidak memandang dari
aspek kedudukan duniawi yang akan binasa.
Perkara-perkara
yang perlu dielakkan semasa perkahwinan.
- Percampuran
antara lelaki dan perempuan.
-
Berhias-hias dengan perkara yang tidak diredhai Allah.
- Pembaziran.
Kebanyakan manusia, apabila disebutkan padanya perkara ini dia
akan berkata: “Biarkanlah mereka berseronok. Ini sekali sahaja dalam seumur
hidup”.
Siapakah yang berkata padamu, bahawasanya hubunganmu dengan
Tuhanmu tidak terjejas dengan kegembiraan sebegini ?
Akan tetapi wahai saudara saudariku, kami mendoakan untukmu
supaya mendapat kegembiraan yang tidak berakhir sekadar satu malam atau sebulan
atau setahun sahaja.
Kami berdoa untuk kamu berdua kegembiraan yang berkekalan
bersamamu. Kekal bersama selepas kamu beralih ke dunia akhirat.
Kedatangan agama ini bukanlah untuk mengingkari atau
menghalang kita dari bergembira.
Sabda Nabi s.a.w:
“sebarkan berita pernikahan,
langsungkannya di masjid-masjid serta mainkanlah kompang padanya.”
Para wanita juga diharuskan untuk menari sesama mereka
tarian yang tidak menghilangkan adab-adab mereka.
Begitu juga para lelaki dibolehkan untuk menarikan tarian
yang sesuai dengan kelakian mereka sepertimana Rasulullah mengizinkan
orang-orang habsyah untuk menari sempena hari raya di masjid Nabawi.
Kita tidak pernah mendengar mana-mana agama yang meraikan
fitrah manusia sebegini rupa. Apabila adanya persempenaan untuk bergembira,
Rasulullah mengizinkan orang-orang Habsyah untuk menari. Bukannya didewan, atau
di hotel ataupun mana-mana tempat bergembira akan tetapi ianya dimasjid Baginda
s.a.w.
Ketika itu saidatina Aisyah ingin untuk melihat tarian
orang Habsyah itu. Nabi bertanya: “adakah kamu ingin untuk melihat mereka..?”
Saidatina Aisyah menjawab: “..benar..”
Maka Nabi s.a.w pun berdiri dihadapan pintu biliknya
untuk melindungi saidatina Aisyah dari pandangan orang-orang lelaki. Baginda
membenarkannya melihat tarian orang-orang Habsyah tersebut.
Saidatina Aisyah berkata: “setelah aku berasa jemu,
aku meletakkan kepalaku di atas bahu Rasulullah.”
Beliau berkata: “ketika aku meletakkan kepalaku di
atas bahunya, Baginda mengembalikanku ke dalam bilik.”
Mereka pun meneruskan sambil memuji Rasulullah di
dalam bahasa Habsyah.
Mereka menyebut kata-kata yang bermaksud: “Muhammad
adalah lelaki yang soleh. Muhammad adalah lelaki yang soleh.”
Maka disunatkan kepada kita didalam keraian seperti perayaan
dan selainnya untuk memuji-muji Rasulullah s.a.w. dengan mana-mana rentak
menarik yang boleh menghibur hati. Ini semua adalah sebahagian dari hiburan
yang diharuskan.
Selain itu adalah keharmonian dan keberkatan yang
terhasil pada perkahwinan tersebut.
Adakah kita sanggup memulakan rumahtangga kita dengan
menyalahi syariat Allah swt?
Adakah layak bagi perempuan muslimah lagi mukminah yang
menutupi auratnya sejak kecil lagi untuk menanggalkan hijabnya sempena
perkahwinan?
Adakah layak bagi seseorang lelaki dengan meredhai dirinya
untuk mempamerkan isterinya dihadapan kaum lelaki yang melihat kecantikannya?
Kita membiasakan untuk mengangkat diri kita kerana
berbangga-bangga dengannya.
Seseorang yang membeli kereta baru sukakan untuk
menunjuk-nunjuk dihadapan orang lain supaya mereka melihatnya. Seolah-olah dia
membelinya bukan kerana keperluannya.
Kalau dia membeli pakaian baru, dia inginkan supaya orang
lain melihat pakaiannya. Kalau dia membeli barang emas baru, dia inginkan
supaya orang lain melihatnya. Sifat menunjuk-nunjuk ini adalah salah satu
penyakit manusia yang tidak boleh meningkatkan dirinya.
Akan tetapi, pada zaman ini, perkara ini melampaui had
kemanusiaannya. Manusia inginkan untuk menunjuk-nunjuk pada semua perkara sehinggakan ibadatnya kepada Allah.
“ketika aku pergi umrah pada tahun lepas, yang sebelumnya
dan yang sebelumnya. Begitu juga umrah 10 tahun yang lalu, Alhamdulillah, saya
kerjakan umrah pada setiap tahun.”
Kamu telah lenyapkan sebegini pahala untuk 10 tahun.
Wallahu a’alam…
Langgan:
Catatan (Atom)


