Khamis, 14 Julai 2011

Apabila Islam Hanya Tinggal Nama

ALANGKAH bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasulullah SAW. Ini kerana kita dapat berjuang, belajar secara langsung daripada Baginda, dapat melihat wajahnya serta boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu masalah. Zaman Baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah.

Inilah generasi yang telah dicatat dalam lembaran sejarah kerana membantu Baginda menundukkan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi yang mendakwa memiliki sumber tamadun yang hebat, namun kehebatan individu di kalangan Sahabat Rasulullah terdapat pada diri mereka akhlak mulia mampu menundukkan keangkuhan kedua-duanya sekali.

Mereka mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia sebagai pahlawan Islam dengan menyebar-luaskan ajaran Baginda Rasulullah SAW sesuai dengan pegangan mereka kepada agama Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat.

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita bersemangat sama seperti Para Sahabat?

Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad, di antara mereka ada yang diberikan nama oleh ayah-ayah kita sebahagiannya dengan menggunakan nama Para Sahabat seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar, Uthman, Ali, Ubadillah, Salman, Khalid, Hamzah, Abbas, Bilal, Zubair dan sebagainya. Tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi Para Sahabat dalam mendepani segenap isu agama.

Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya.

Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

Inilah yang pernah disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu, seolah-olah ia bagaikan satu ramalan tepat, kerana Baginda sentiasa menerima wahyu daripada Allah Taala, sudah tentu Dia mengetahui segala-galanya kerana ia di bawah kawalan dan pengawasan-Nya. Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, daripada Ali bin Abi Talib RA berkata, "Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali". (Hadis riwayat Al Baihaqi)

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Kalau belum sampai pun, ia sudah hampir menjurus ke sana. Apa yang Baginda sebutkan dalam hadisnya di atas bolehlah kita bincangkan satu persatu untuk melihat sejauh mana kebenaran kenyataan baginda itu.

1. Islam hanya tinggal namanya sahaja.
2. Al Quran hanya tinggal tulisannya.
3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.
4. Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada Islam.
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat.

Islam hanya tinggal namanya sahaja

Kelak akan banyak orang yang mengaku beragama Islam namun perbuatan sehariannya tidak mencerminkan sebagai seorang Islam yang baik, hanya namanya sahaja Islam. Islam diperalatkan untuk kepentingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang Islam melanggar syariat.

Solat mengikut 'mood', ada seminggu sekali, ada sebulan sekali, setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat, yang pergi haji mahu digelar 'pak haji' namun masih lagi melepak di kedai judi dan menghabiskan masa.

Ramai yang bercakap tentang Islam padahal mereka tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya dia seorang Islam yang baik dan memperjuangkan Islam, sehingga ada yang mengubah halal menjadi haram dan haram menjadi halal, bahkan hukum nas kalau boleh disesuaikan dengan zaman, bukan keadaan zaman disesuaikan dengan ketentuan nas.

Sebenarnya orang yang sebegini tergolong daripada golongan orang munafik sebagaimana Sahabat Nabi yang bernama Abu Huzaifah ditanya apa itu nifak? Beliau menjawab, "Kamu berbicara tentang Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya". (Masnad ar-Rabi')

Al Quran hanya tinggal tulisannya

Dalam banyak hadis Rasulullah SAW, Baginda menganjurkan kita umatnya agar membudayakan pembacaan Al Quran, ia bukan sekadar penawar kepada pelbagai penyakit yang sukar diubati, malah ia juga bertindak sebagai penyembur kepada hati yang berkarat dengan penyakit-penyakit dntakan dunia secara berlebihan.

Tujuan Al Quran diturunkan adalah untuk menjadi pedoman dalam soal aqidah, iman, beribadah kepada Allah dengan membacanya, dipelajari isi kandungannya, diamalkan segala apa yang ada di dalamnya. Menjadi rujukan dalam segenap masalah yang dihadapi oleh manusia, dan yang paling utama ialah melaksanakan hukum, undang-undang dan perintah Allah yang ada di dalamnya.

Apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, Al Quran dijadikan bahan untuk musabaqah menjelang ketibaan Ramadan iaitu bulan yang diturunkan Al Quran di dalamnya. Sedangkan undang-undangnya tidak diguna-pakai walaupun sudah merdeka lebih setengah abad, orang-orang Islam yang melakukan jenayah tidak dihukum dengan undang-undang hudud atau qisas di dunia ini. Inilah gambaran ketegasan Nabi bahawa Al Quran hanya tinggal tulisannya untuk dibaca, bukan untuk diamalkan.

Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah

Inilah kebenaran kenyataan Baginda Rasulullah SAW bahawa masjid-masjid umatnya pada akhir zaman memang cukup indah dan megah, tetapi pengisian di dalamnya tidak memberangsangkan. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat menyampaikan kuliah agama kadang-kadang sepi daripada pengunjungnya.

Terdapat masjid yang membiayai urusan pembayaran bil elektrik, air dan penyelenggaraan mencecah nilai ringgit yang cukup tinggi, namun kadang-kadang apa yang menduka-citakan kelas pengajian pun tidak ada, ada yang diisi dengan kelas marhaban atau barzanji, itu pun tidak memahami dengan baik maksud apa yang dibacakan. Malah ada pula masjid dipertandingkan sempena Maulidur Rasul sebagai masjid yang paling cantik dan bersih.

Lahirnya ulama jahat yang mementingkan periuk nasi daripada bercakap tentang Islam

Tidak dinafikan juga wujud kalangan ilmuan Islam yang tidak berani untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim seperti yang disabdakan oleh Baginda, justeru itulah yang diingatkan oleh Baginda dalam hadisnya di atas. Golongan ulama ini sama seperti Bal'am bin Ba'ura (ulama Bani Israil) yang ditegaskan dalam ayat 176 surah Al 'Araf.

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir".

Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Imam Ibni Khathir, Imam Tabari dan ramai mufassirin bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel.

Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab]. Setelah peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang terselamat terus mengembara sehinggakan hampir sampai  dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa AS.

Pada mulanya Bal’am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama kelamaan Bal’am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja”.

Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa AS, doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Teh (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.

Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di ladang Teh ini?”.
Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”

Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”.

Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing.

“Minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”. Wallahua'lam (Kisah ini isra'iliyyat yang wajar dijadikan pengajaran kepada kita).

Kepentingan dunia kerana mahu mengejar pangkat dan populariti menguasai hidup mereka hingga ada yang berani menghalalkan apa yang diharamkan Allah, menyembunyikan kebenaran kerana takut keduniaannya tersekat dan periuk nasinya terjejas hingga sanggup menggadai prinsip-prinsip agama, dalam hal ini, siapa yang makan cili maka dialah yang merasa bahang pedasnya.

Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama jahat

Fitnah terhadap Islam sudah semakin menular yang tidak pernah terfikir oleh individu Muslim yang baik di sisi Allah. Industri hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam hingga ke peringkat paling seksi menjadi juadah mata pada hari ini, perkara ini berlaku adalah kerana ulama-ulama yang jahat mendiamkan diri tidak mahu bercakap kerana takut segala kemudahan yang dikecapinya akan hilang, walaupun Islam daripada diri umat Islam bukan menjadi perkiraan hidup. - TARBAWI

Jumaat, 3 Jun 2011

Oh Rejab..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
· “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.
(Hadis ini dikatakan mun’kar ² bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

· “Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.
(Hadis ini juga dhai’f)

· “Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”. (Hadis ini dha’if)

      Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Khamis, 2 Jun 2011

VIDEO SEKS Dato' Seri Anwar Ibrahim(DSAI)

· Ditayang kepada 15 wartawan di Carcosa Negara pada 21/3/11 tarikh bubar DUN Sarawak

· Jemputan dibuat oleh seorang wartawan Star

· Wartawan yang dipanggil diperiksa dengan diteliti oleh alat pengesan. Tidak dibenarkan bawa kamera, HP.

· Perancangan awal wartawan antarabangsa juga akan dijemput di sesi kedua, tetapi batal.

· Mereka yang terlibat ialah RTC, Datuk Syazly Eskay dan Datuk Shuib Lazim (bendahari PERKASA).

· Mereka menggelarkan dengan Datuk “T”

· Eskay kata beliau pergi ke hotel hendak ambil barang, kemudian terkejut jumpa 4 CCTV.

· Datuk Najib menafikan bahawa Umno terlibat

· Mukhriz kata spy DSAI supaya rakyat melupakan isu DNA

· Faktanya Umno terlibat, kerana Kamalullail Timbalan Umno Bahagoian Bukit Gantang yang booking Carcosa Negara. Beliau pegawai khas Rahim Tamby Chik di Risda

· Apakah RTC, Shuib lazim bukan orang Umno .

· 29 April 2011 Datuk T melakukan sumpah lanat di Masjid Sentul. Kelakarnya RTC dan Shuib wakil sumpah pada Datuk Eskay. Memakai baju kalis peluru.

· Mula-mula hendak buat selepas Jumaat, tetapi tangguh petang hari

· Polis kawal (menunjukkan ada restu BN)

· Pengarah JAWI juga hadir

· Ustaz Hashim Yahya bekas Mufti WP berkata ini kerja orang jahil.

· KPN kata “video itu asli” Cuma tidak menjelaskan siapa pelakon supaya rakyat tertanya-tanya.




· RUMUSAN 



· Video ditayang sama dengan tarikh pembubaran DUN Sarawak untuk isu Sarawak

· Hendak pancing PAS supaya keluar PR

· Kenapa Datuk Eskay kebal?

· Apa tujuan dia buat sumpah laknat.

· Kenapa polis iring?

· Kenapa Pengarah JAWI ada sama di masjlis angkat sumpah.

· Khir Tojo kata ini perancangan lawan BN, jika bukan Anwar teruk kita (BN) (M.KINI, 22/3/11)

· Kenapa polis tidak bertindak menangkap pemilik video lucah menurut Sek 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 da dan Sek 292 kanun keseksaan. Kedua-dua seksyen ini berkaitan larangan, memiliki, mengedar dan menayangkan filem lucah atau selainnya dan bertentangan dengan kesopanan awam.

· Kanun Keseksaan (Akta 574) tujuan ialah untuk memberi perlindungan kepada seseorang atau perniagaan atau sebagainya drp sesuatu yang boleh mencemarkan dan yang boleh menyebabkan masyarakat akan berfikiran waras untuk menghindarkan diri mereka drp orang itu.

· Kenapa tidak serbu pada hari itu

· Sedangkan Datuk Eskay mengatakan beliau tidak akan menyerahkan video.

· Kenapa tidak paksa Datuk Eskay serah, kerana beliau kebal

· Kenapa DSAI dipaksa serah DNA

· Sepatutnnya mereka ditahan, bukan siasat ketulenan video sahaja.

Isnin, 23 Mei 2011

Digergaji kepala tu perkara biasa


Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan
keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah
dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu
yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana
(tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu,
tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan
bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami mampu, tentulah
 Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka
membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa
sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak
 sanggupnya mengikutmu)".

 Ayat 41-42 (At-Taubah)


'Bangga'lah kita kerana masih layak dituduh sebagai 'pemecah belah masyarakat' kerana Baginda pun dituduh sebegitu rupa tatkala Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Rasulullah.

Baginda diperlekeh kerana mengajak Musyrikin Mekah mentauhidkan Allah. Kita diperlekeh kerana ajak sahabat-sahabat ikut sama buat apa yang Baginda perjuangkan.

Jernihkan perjuangan kita dengan akhlak Rasulullah (paling basic, hidupkan rumahNya dengan solat jemaah). InsyaAllah, perjuangan kita akan dipuji dan diiktiraf oleh Kekasih Allah itu.

Memang tidak dinafikan perjuangan menegakkan Islam itu memang pahit kerana syurga itu manis..

Jika dilihat sunnah perjuangan itu sepertimana yang berlaku pada para anbiya’  yang ditentang hebat oleh kaum mereka sendiri dan amat menyedihkan apabila tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga sendiri bahkan dikeji dan dihina sehabis-habisnya.

Diugut, dicemuh, dihina tu merupakan perkara biasa yang akan diterima oleh mereka. Bahkan terdapat nabi yang di gergaji kepala, ada yang di lemparkan ke dalam api.

Sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم pun sebegitu juga. Islam yang kita lihat pada hari ini bukanlah atas perjuangan yang sia-sia tetapi adalah perit jerih dan kesungguhan para sahabat nabi menyampaikan dakwah tanpa mengenal penat dan lelah.

Adakah bagi kita yang kononnya berjuang menegakkan islam ini sanggup untuk berbuat yang sedemikian?

Perjuangan itu bukan untuk orang yang manja.

Yakinlah dengan bantuan Allah itu kerana Allah akan menolong hambanya yang menegakkan agama Allah.


~Islam for All~


Jumaat, 20 Mei 2011

Terima kasih wahai abangku...


Beliau bukanlah abang kandung saya tetapi merupakan abang saudara seislam saya yang bersama-sama mahu memperjuangkan islam. Saya menerima nasihat ini yang telah dihantar melalui 'inbox' facebook saya pada 20 mei 2011 jam 11 malam.


Jom sama-sama kita renungkan  kata-kata beliau yang amat terkesan pada saya sehingga termenung memikirkan..




 Assalamualaikum wbt...

Kehadapan adinda Mahdi yang disayangi... :) [ayat karangan penulisan masa kecik dulu...]

Bittaufiq wannajah li imtihan..moga-moga kejayaan mengiringi,study hard study smart ya..

Jom kita muhasabah diri :
- kita hamba, pelbagai nikmat kita kecapi, walau kita melakukan dosa n kdg2 agak berat melakukan kewajipan kpdNya, DIA masih lagi izinkan kita menumpang di bumiNya ini, DIA masih lagi x menarik nikmat penglihatan, DIA masih lagi x menarik nikmat kesihatan, nikmat anggota badan n pancaindera,DIA sesekali tidak terus menghukum kita d dunia ini, DIA biarkan kita menilai dan belajar bersyukur, kerna hidup n mati ini adalah ujian....kerna nanti kita akan didedahkan dgn buku catatan amalan, DIA biarkan kita melihat kembali apa yg kita lakukan di dunia ini, DIA biarkan kita menyesal nanti andai kita terlalai di dunia ini..

Adikku...
- kita adalah golongan yg ingin mempromosikan produk ISLAM, produk ini cukup lengkap dan perfect, syumul dan sesuai di semua tempat n masa..bagaimanakah harus diri kita sbg promoter? tentunya kita cuba merasai produk tersebut, walaupun kita tidak complete yg mungkin, ttp sebaliknya kita cuba menggunakan produk tersebut..

- kata-kata Saidina Umar : " Aku tidak takut pada kekuatan musuh, tapi aku risau akan dosa-dosa tentera ISLAM "

- jom sama-sama kita guna produk tersebut ya, pasti kita akan rasa selamat kerna produk ISLAM memandu kita mencari jalan kebenaran, pasti kita akan rasa relevan sepanjang masa kerna produk ISLAM sesuai stiap masa n keadaan....

~ mantapkan ibadah kita, pasti rasa lega, kekuatan akan datang menerpa ~

Kito cubo yo produk ini : ^_^
- solat berjemaah
- ikatkan hati ke rumah2 Allah...
- baca Quran kerna ia panduan kita
- Al-Mathurat pagi n petang sumber kekuatan diri
- banyakkan berdoa n tinggikan tawakkal padaNya

~ bittaufiq wannajah ...maaf andai mesej ini mengganggu awak ~





~Terima kasih banyak-banyak wahai abangku~

Rabu, 27 April 2011

KAIN KAFAN BURUK

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,” jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. “Kenapa begitu bang?” tanya isterinya.”Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula,” jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, “Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku.”
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
“Bang”, bisiknya perlahan. “Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?”
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, “Baiklah, mari rapat
kepadaku” isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, “Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.” Isterinya
masih ragu-ragu.
“Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?” tanyanya lagi.
“Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang….”
“Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim” isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu….. Ambik le
iktibar
drpd : runner KL

Isnin, 28 Februari 2011

Ciri-Ciri Seorang Pendakwah

 surah Ali Imran 3:110 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia”.

Surah Al-Baqarah 2:140 “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan”.

surah Al-Asr 103:1-3 “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”.

Segala puji bagi Allah. Hari ni saya ingin kongsi serba sedikit tentang ciri-ciri yang patut ada pada seorang pendakwah itu.

Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang pendakwah


1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.


2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)


4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

9.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara 

yang aib.


10.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

11. Bersifat wakar dan tenang.

12.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

13. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

14. Bersikap Taqwa dan Amanah.