Jumaat, 11 Jun 2010

Mufti SAUDI : Haram Cukur Janggut

Mufti Saudi Syeikh Abdul Aziz Alu Syeikh mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya mencukur janggut dan menampilkan foto perempuan tanpa jilbab.

Fatwa itu dikeluarkan oleh Syeikh Abdul Aziz Alu Syeikh, sebagai tanggapan atas pertanyaan seorang warga Algeria terkait hukum agama atas pemberlakuan undang-undang baru dari pemerintah rasmi Algeria yang mewajibkan setiap warga negara Algeria mencukur janggotnya dan setiap perempuan menampilkan seluruh wajahnya di foto dalam prosedur untuk mendapatkan pasport dan KTP Algeria.

Jawaban Mufti Saudi itu kepada penanya, menyatakan bahawa ia tetap mesti 'menjaga' dan memelihara jangguttnya serta dia harus meyakini pertolongan Allah dan meyakini Allah akan memberikan jalan keluar.

Mufti besar Arab Saudi selama program acara radio Ahad malam lepas (11/4) mengatakan tidak boleh bagi setiap Muslim untuk membawa Islam tidak seperti agama Islam.

Syeikh Abdul Aziz Alu Syaikh menyatakan bahawa haram hukumnya seorang yang mengaku Islam namun memaksakan kehendak terhadap setiap umat Islam untuk mencukur janggot atau memaksa seorang muslimah melepas jilbabnya untuk di foto pada paspor ataupun KTP.

Sebelumnya menteri dalam negeri Algeria, Noureddine Yazid Zerhouni mengatakan dalam sebuah sidang media yang disiarkan televisyen Algeria, menyatakan bahawa foto untuk pasport dan KTP bagi perempuan mesti memperlihatkan telinga, dan bagi laki-laki mesti mencukur janggot.(fq/alqudsalarabi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan