Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.
"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."
 |
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku,rahmatilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka memeliharaku ketika kecil..
Nabi bersabda kepada sahabatnya sebanyak tiga kali:"Mahukah aku memberitahu kalian mengenai dosa besar?Mereka menjawab"Sudah tentu wahai Rasulullah.Nabi menjelaskan:Syirik kepada Allah,derhaka kepada ibubapa(pada masa itu Nabi duduk bersandar lalu menyambung)sumpah yang palsu.'(Riwayat Al Bukhari)
Di sini jelas dosa menderhaka kepada ibubapa di letak dalam kategori dosa mensyirik Allah(dosa terkeji)Dengan ini Islam mengajar manusia agar sentiasa mengembirakan ibubapa lebih-lebih lagi ibubapa dalam usia lanjut selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak dan anak tidak bersikap kasar pada ibubapa.
 |
Tanggungjawab anak kepada ibu bapa..
 |
Mendoakan kesejahteraan ibu bapa
|
1.Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir
kepadanya.
2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali
mengkasarinya atau berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus
melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika
suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan
meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh
rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk
menggembirakan hati mereka. 10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya
dan mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih
dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu
hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan
sekadar kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar
kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah
menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari
solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap
dirinya sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap
kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan
sendiri. 20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan
kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta
hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.
21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut
kemampuan anda.
Berbaktilah kepada ibu bapa selagi mana mereka masih hidup.