Jumaat, 8 Jun 2012

Nikah


 


Seseorang pernah bermimpi melihat Bisyr al-Hafi dan al-Imam Ahmad bin Hanbal.

Ketika melihat Bisyr al-hafi, dikatakan padanya “Bagaimanakah keadaanmu?”

Bisyr al-hafi menjawab  “Allah meletakkanku dikalangan orang yang tinggi martabatnya. Allah memberikan syurga untukku.”

Beliau ditanya lagi: “dimanakah al-Imam Ahmad?”

Beliau mengangkat kepalanya, mengangkatnya lagi dan seterusnya sehinggalah serbannya terjatuh dari belakangnya. Beliau menunjuk ke atas.

Beliau ditanya “kenapakah al-Imam Ahmad mengatasimu?”

Beliau menjawab: “al-Imam Ahmad berkahwin dan melakukan sunnah rasulullah sedangkan aku tidak berkahwin. Beliau dikurniakn anak, lalu mendidik mereka dengan ilmu dan zikrullah serta mereka mendapat kebaikan. Maka beliaupun mendapatkan kebaikan mereka didalam ilmu serta zikrullah sedangkan aku tidak melakukannya. Dia telah diuji pada jalan Allah lalu dia bersabar sedangkan aku tidak lakukakannya. Beliau melebihiku pada 3 perkara ini.”


Adakah kita perlu berkahwin?

Pada asasnya adalah perlu selagi mana kita memerlukannya,

Dengan siapa kita berkahwin?

Telah disebut: “Pilihlah pada agamanya. Beruntunglah kamu."

Kita berhak memilih seseorang yang layak dengan kita pada rupanya serta kedudukannya. Akan tetapi , asalnya adalah “Pilihlah pada agamanya. Beruntunglah kamu.”

Bagaimanakah kamu berkahwin?

Selepas diadakan pemilihan mencari pasangan yang sesuai.Setelah kamu melihatnya dan sebaliknya tanpa berduaan. Begitu juga persetujuannya.

 Maka disunatkan bertunang. Iaitu orang yang hendak berkahwin atau wakilnya pergi ke rumah wali perempuan tersebut. Mereka mengadakan majlis yang dihadiri oleh sesiapa sahaja dikehendaki dari orang-orang Islam. 


                                           


Antara adab-adab yang dilupai.
  • Disunatkan supaya memuji-muji Allah ketika majlis pertunangan. 
  • Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
  • Berpesan kepada hadirin untuk bertakwa kepada Allah.
  • Seterusnya meminta dari bapanya atau walinya untuk bertunang.
  • Disunatkan juga kepada walinya untuk memuji Allah Taala serta berselawat ke atas nabi Muhammad.
  • Menerima lamaran mereka jika dia mendapati pada pelamar itu sifat yang diredhai oleh Allah Taala.
  • Jika dia anak dara maka perlulah kita mendapat izinnya. 
  • Menutup majlis pertunangan dengan bacaan Al-fatihah.

Kemudiannya, kedua-dua yang bertunang itu harus memahami  bahasanya masa pertunangan itu tidak menghalalkan apa-apa perhubungan seperti keluar bersama(dating) begitu juga berdua-duaan.

Pertunangan itu tidak menghalalkan apa-apa perhubungan. Tidak membenarkan mereka berdua  saling bersama. Jadi, mereka berdua tidak boleh berdua-duaan melainkan selepas di akad nikah.

Kemudiannya, apabila ditetapkan tarikh perkahwinan dan diakad nikah. Perlulah majlis akad nikah itu dihiasi dengan suasana yang membawa keberkatan pada perkahwinan itu.

Oleh itu, pada hadirin mestilah daripada orang-orang baik serta soleh. Kebanyakan manusia lebih mementingkan mereka yang hadir adalah individu  tertentu daripada mereka yang terkenal dan diagung-agungkan. Objektif perkahwinan bukanlah untuk bermegah-megah.

Terdapat perbezaan yang nyata diantara mereka yang berbangga-bangga dalam perkahwinannya dengan mereka yang hendakkan supaya Nabi berbangga dengan perkahwinannya pada hari kiamat kelak.

 Kita perlu mencari seseorang yang soleh untuk mendoakan perkahwinan mereka. Dia tidak menjadikan perkahwinannya sebagai permulaan bagi terputusnya hubungan silaturrahim. Sifat memutuskan hubungan silaturrahim adalah satu punca kemurkaan Allah Taala.

Maknanya, dia menjemput sanak saudara serta jiran-jirannya dengan tidak memandang dari aspek kedudukan duniawi yang akan binasa. 

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa perkahwinan.
  •        Percampuran antara lelaki dan perempuan.
  •      Berhias-hias dengan perkara yang tidak diredhai Allah.
  •      Pembaziran.

                                   



Kebanyakan manusia, apabila disebutkan padanya perkara ini dia akan berkata: “Biarkanlah mereka berseronok. Ini sekali sahaja dalam seumur hidup”.

Siapakah yang berkata padamu, bahawasanya hubunganmu dengan Tuhanmu tidak terjejas dengan kegembiraan sebegini ?

Akan tetapi wahai saudara saudariku, kami mendoakan untukmu supaya mendapat kegembiraan yang tidak berakhir sekadar satu malam atau sebulan atau setahun sahaja.

Kami berdoa untuk kamu berdua kegembiraan yang berkekalan bersamamu. Kekal bersama selepas kamu beralih ke dunia akhirat.

Kedatangan agama ini bukanlah untuk mengingkari atau menghalang kita dari bergembira.

Sabda Nabi s.a.w:

 “sebarkan berita pernikahan, langsungkannya di masjid-masjid serta mainkanlah kompang padanya.”

Para wanita juga diharuskan untuk menari sesama mereka tarian yang tidak menghilangkan adab-adab mereka.

Begitu juga para lelaki dibolehkan untuk menarikan tarian yang sesuai dengan kelakian mereka sepertimana Rasulullah mengizinkan orang-orang habsyah untuk menari sempena hari raya di masjid Nabawi.

Kita tidak pernah mendengar mana-mana agama yang meraikan fitrah manusia sebegini rupa. Apabila adanya persempenaan untuk bergembira, Rasulullah mengizinkan orang-orang Habsyah untuk menari. Bukannya didewan, atau di hotel ataupun mana-mana tempat bergembira akan tetapi ianya dimasjid Baginda s.a.w.

Ketika itu saidatina Aisyah ingin untuk melihat tarian orang Habsyah itu. Nabi bertanya: “adakah kamu ingin untuk melihat mereka..?”
Saidatina Aisyah menjawab: “..benar..”
Maka Nabi s.a.w pun berdiri dihadapan pintu biliknya untuk melindungi saidatina Aisyah dari pandangan orang-orang lelaki. Baginda membenarkannya melihat tarian orang-orang Habsyah tersebut.
Saidatina Aisyah berkata: “setelah aku berasa jemu, aku meletakkan kepalaku di atas bahu Rasulullah.”
Beliau berkata: “ketika aku meletakkan kepalaku di atas bahunya, Baginda mengembalikanku ke dalam bilik.”
Mereka pun meneruskan sambil memuji Rasulullah di dalam bahasa Habsyah.
Mereka menyebut kata-kata yang bermaksud: “Muhammad adalah lelaki yang soleh. Muhammad adalah lelaki yang soleh.”

Maka disunatkan kepada kita didalam keraian seperti perayaan dan selainnya untuk memuji-muji Rasulullah s.a.w. dengan mana-mana rentak menarik yang boleh menghibur hati. Ini semua adalah sebahagian dari hiburan yang diharuskan.

Selain itu adalah keharmonian dan keberkatan yang terhasil  pada perkahwinan tersebut.

Adakah kita sanggup memulakan rumahtangga kita dengan menyalahi syariat Allah swt?

Adakah layak bagi perempuan muslimah lagi mukminah yang menutupi auratnya sejak kecil lagi untuk menanggalkan hijabnya sempena perkahwinan?

Adakah layak bagi seseorang lelaki dengan meredhai dirinya untuk mempamerkan isterinya dihadapan kaum lelaki yang melihat kecantikannya?

Kita membiasakan untuk mengangkat diri kita kerana berbangga-bangga dengannya.

Seseorang yang membeli kereta baru sukakan untuk menunjuk-nunjuk dihadapan orang lain supaya mereka melihatnya. Seolah-olah dia membelinya bukan kerana keperluannya.

Kalau dia membeli pakaian baru, dia inginkan supaya orang lain melihat pakaiannya. Kalau dia membeli barang emas baru, dia inginkan supaya orang lain melihatnya. Sifat menunjuk-nunjuk ini adalah salah satu penyakit manusia yang tidak boleh meningkatkan dirinya.

Akan tetapi, pada zaman ini, perkara ini melampaui had kemanusiaannya. Manusia inginkan untuk menunjuk-nunjuk pada semua perkara  sehinggakan ibadatnya kepada Allah.

“ketika aku pergi umrah pada tahun lepas, yang sebelumnya dan yang sebelumnya. Begitu juga umrah 10 tahun yang lalu, Alhamdulillah, saya kerjakan umrah pada setiap tahun.”

Kamu telah lenyapkan sebegini pahala untuk 10 tahun.

Wallahu a’alam…










1 ulasan:

  1. Baccarat – Best Way to Play with Money - Wurrione
    It's worrione a technique that involves taking bets in casinos, and the practice of septcasino the dealer can be a relatively new game in many ways: from 메리트카지노 poker to baccarat. Baccarat

    BalasPadam